
Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini iaitu sejak 7 November 2008. Ini bukan bermakna blog ini tidak aktif lagi. Ini adalah kerana saya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran putera sulong saya dan juga sedang merangka projek baru iaitu produk digital terbaru ARB Dagang.
Foto di atas adalah putera sulong yang saya dan isteri nantikan setelah 6 tahun berkahwin. Sebelum ini isteri saya telah mengalami keguguran sebanyak 5 kali. Foto ini dirakamkan pada hari ke 15 setelah kelahirannya. Bayi lelaki ini yang telah dilahirkan pada 14 November 2008 melalui pembedahan di beri nama Mohammad Nazmi.
Itu serba sedikit mengenai tarikh keramat 14 November 2008. Dipost kali ini saya mengambil peluang untuk menulis serba sedikit mengenai projek terbaru saya iaitu sebuah produk digital yang akan dilancarkan seawal-awalnya pada 9 Mac 2009. Produk digital ini adalah sebuah panduan lengkap berbahasa Malaysia yang membongkar rahsia membina website untuk tujuan kedai online (e-commerce), forum, laman web peribadi dan sebagainya menggunakan Content Management System yang paling popular masa ini iaitu Joomla!
![]()
Joomla! adalah satu sistem yang dikenali sebagai Content Management System (CMS) yang paling popular dan digunakan secara meluas untuk website peribadi, website syarikat-syarikat perniagaan, e-commerce dan berbagai lagi. Ia dibangunkan oleh Open Source Matters (OSM).
Apa yang paling menarik ialah ianya percuma. Joomla! menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan database MySQL. Selain daripada itu Joomla! mempunyai komponen dan modul tambahan berjumlah melebihi 10,000 dan mempunyai ahli komuniti hampir 60,000 orang walaupun baru setahun pada 1 September.
Nantikan pelancaran produk baru dari ARB Dagang ini. Cadangan dan komen dari pembaca blog ini sangat-sangat dialu-alukan.
Pada masa ini membangunkan laman web menjadi semakin mudah dan canggih. Anda tidak perlu bersusah payah memahami kod-kod html. Semuanya boleh dilakukan dalam waktu yang singkat. Joomla! adalah salah satu alternatif yang mudah untuk membangunkan laman web. Joomla! bukan sekadar untuk membina website peribadi sahaja bahkan sesuai untuk pembinaan laman web e dagang, pengiklanan, forum dan sebagainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati laman web yang baru saya hasilkan menggunakan Joomla!. Laman web yang di maksudkan adalah http://www.arbdagangnetwork.com
Baru sebentar tadi laman web saya iaitu www.arbdagangnetwork.com telah diceroboh oleh penggodam Surabaya Hacker. Untuk pengetahuan pembaca blog ini, laman web saya dibina menggunakan flatform joomla. Pada permulaan kejadian, saya tidak boleh login ke page administrator, walaupun meggunakan userid dan password yang betul.
Selepas peristiwa tersebut saya cuba pula membuka laman web www.arbdagangnetwork.com tetap malangnya bukan paparan laman web saya yang muncul tetapi muncul imej sebagaimana dipaparkan di atas dengan diiringi lagu yang tidak dapat dikenalpasti tajuk dan bahasanya. Pada masa ini saya sedang menjejaki dari mana datangnya hacker ini dan bagaimana untuk memperbaiki semula laman web saya itu.
Sekiranya pembaca blog ini ada maklumat mengenai hacker ini atau pernah mengalami kejadian seperti saya atau terdapat cara bagaimana hendak mencegahnya, diharap dapat dikongsi bersama di blog ini. Terima kasih.
|
Percuma Sila isikan nama dan e-mail untuk mendownload e-book percuma Panduan membina Minisite E-Dagang. |